Letusan Gunung Merapi Mengakibatkan Hujan Debu Sejauh 5 Kilometer

Letusan Gunung Merapi Mengakibatkan Hujan Debu Sejauh 5 Kilometer

0
SHARE
Gunung Merapi muntahkan abu sejauh 5 kilometer...

JAKARTA, INDONESIA – Hujan debu dan awan panas sejauh lima kilometer dari puncak Gunung Merapi telah melanda beberapa kawasan setelah gunung berapi yang terletak di Jogjakarta itu dilaporkan meletus sekali lagi.

Letusan debu panas itu berlaku sebanyak 5 kali bermula tengah malam kelmarin, kata Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG).

“Debu haba longsoran direkodkan pada seismogram dengan amplitud maksimum 75 milimeter (mm) dalam tempoh maksimum 570 saat.

“Jarak luncuran adalah kira-kira lima kilometer ke tenggara. Arah mata angin ke barat laut,” kata Ketua BPPTKG, Hanik Humaida, lapor akhbar Suara Merdeka.

Sementara itu, di Desa Tlogolele Kecamatan Selo Kabupaten Boyolali dan Desa Gantang Kecamatan Sawangan Kabupaten Magelang serta Kecamatan Dukun Kabupaten Magelang dilanda hujan abu.

Sehubungan itu, BPPTKG terus mengekalkan status Siaga atau Tahap III iaitu tahap berjaga-jaga dengan kemungkinan letusan dan pemindahan penduduk dari kawasan berhampiran.