JAWATANKUASA BAHARU SUCCC NYATAKAN SOKONGAN BERTERUSAN KEPADA KERAJAAN NEGERI

JAWATANKUASA BAHARU SUCCC NYATAKAN SOKONGAN BERTERUSAN KEPADA KERAJAAN NEGERI

0
SHARE
Succ
Hajiji (enam kanan) menerima cenderamata daripada Michael ketika melawat kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Jawatankuasa baru dilantik Dewan Perniagaan Cina Bersatu (SUCCC) berikrar untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan ahlinya dan bekerjasama dengan komuniti perniagaan Sabah untuk mencapai objektif Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Presiden baharu SUCCC Datuk Michael Lui berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di kediaman rasminya di Sri Gaya, semalam.

Semasa kunjungan hormat itu, Lui turut menyerahkan jemputan rasmi kepada Ketua Menteri untuk menyaksikan perlantikan jawatankuasa yang baru dilantik sebagai tetamu kehormat.

Turut dalam perwakilan SUCCC ialah Timbalan Presiden Datuk Guan Ka Hock, Naib-Naib Presiden, Datuk Pak Chee Eng, Datuk Chew Ah Kau, Datuk Tang Lung Sing, Kapitan Ng Nai Yong, Setiausaha Kehormat Datuk Yong Hen Vui, Bendahari Kehormat Chia Seong Fatt, Naib Setiausaha Kehormat Cheoh High Weal dan Ketua Penyeliaan Datuk Seri Chong Nyuk Yong.