Jeruk Tuhau, Burasak Diwartakan Sebagai Makanan Warisan Kebangsaan

Jeruk Tuhau, Burasak Diwartakan Sebagai Makanan Warisan Kebangsaan

0
SHARE
Jeruk Tuhau dan Burasak

KOTA KINABALU: Jeruk Tuhau dan Burasak antara makanan tradisi Sabah yang termasuk dalam pewartaan sebagai Makanan Warisan Kebangsaan.

Baru-baru ini, 10 hidangan makanan negeri di Malaysia telah diwartakan menjadi makanan warisan dalam Pengisytiharaan Objek Warisan 2024. 

Pewartaan 10 hidangan tersebut sebagai makanan warisan negara telah dikongsikan oleh Pesuruhjaya Warisan Jabatan Negara, Mohamad Muda Bahadin.

Menurut beliau, makanan-makanan ini telah diwartakan sebagai objek warisan melalui kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 49(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Selain itu, Mi kolok yang merupakan hidangan dari Sarawak turut diwartakan dalam makanan warisan Malaysia agar generasi akan datang boleh memikul tanggungjawab dalam mengangkat budaya makanan ini.

Antara menu lain yang turut diwartakan dalam makanan warisan kebangsaan juga adalah termasuk, Nasi Ambeng, Dodol Kukus Tahi, Kueh Lapis, Kuih Karas, Uthuppam, Bak Kut Teh dan Air Katira.