Jetama Sdn Bhd Sumbang Ambulans Kepada Persatuan Ambulans Lions Sabah

Jetama Sdn Bhd Sumbang Ambulans Kepada Persatuan Ambulans Lions Sabah

0
SHARE
Lass
Frankie (tengah) menyaksikan gimik penyerahan kunci kepads Karen (dua dari kiri) 

KOTA KINABALU, SABAH – Persatuan Ambulans Lions Sabah (LASS) menerima ambulans mereka yang ketiga daripada Jetama Sdn Bhd menerusi program tanggungjawab sosial korporat pada Isnin.

Naib Pengerusi LASS, PDG Karen Koh berkata mereka telah bertindak balas terhadap lebih 8,000 kes kecemasan, menyelamatkan banyak nyawa sejak penubuhan pada tahun 2010.

“Pada masa ini, LASS mempunyai empat kakitangan jururawat dan empat responden yang bekerja sepenuh masa.

“Kami mempunyai dua unit ambulans tetapi seperti yang anda sedia maklum, dua kenderaan itu sudah agak uzur.

“Hadiah ini bukan sekadar kenderaan, ia adalah talian hayat. Ia adalah janji rawatan perubatan yang tepat pada masanya, cekap dan berkesan dalam kes kecemasan.

“Sumbangan ini memastikan kami dapat lebih bersedia untuk berkhidmat kepada komuniti dan bertindak balas dengan pantas untuk menyelamatkan nyawa. Untuk itu kami amat berterima kasih,” katanya dalam ucapannya.

Menyerahkan replika kunci, Pengerusi Sabah Development Berhad, Datuk Frankie Poon Ming Fung berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain akan mencontohi tindakan anak syarikat mereka untuk menyokong kesejahteraan sosial dan perkhidmatan kesihatan masyarakat.

Biarlah ini memberi jejak kepada lebih banyak GLC untuk tampil ke hadapan bukan sahaja di Kota Kinabalu tetapi seluruh Sabah. Lagipun mereka mendapat banyak manfaat daripada kita, jadi kita harus berkongsi.

“GLC berbeza dengan kementerian kerana ia lebih cepat dari segi penyampaian dan tidak mempunyai isu-isu yang menjadi halangan. Lebih mudah dan cepat bagi syarikat korporat untuk membuat keputusan pengedaran.

“Penyediaan ambulans hari ini adalah bukti visi bersama kami untuk Sabah yang lebih selamat dan sihat. LASS telah melakukan kerja yang luar biasa dalam menyediakan perkhidmatan yang tepat pada masanya dan menyelamatkan nyawa kepada mereka yang memerlukan.

“Perkongsian ini adalah satu peluang untuk kami memberi kembali dan memperkukuh kapasiti LASS untuk meneruskan perkhidmatan anda yang tidak ternilai kepada masyarakat.

“Dengan ini kami berharap lebih ramai orang boleh menerima manfaat daripada pengangkutan perubatan yang lebih pantas dan lebih dipercayai,” katanya.