JKNS Nafi Kaitan Anjuran Kempen Derma Klinik Kesihatan Tangkarason

JKNS Nafi Kaitan Anjuran Kempen Derma Klinik Kesihatan Tangkarason

0
SHARE
Jkns
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan sebarang kaitan dengan kempen derma kepada Klinik Kesihatan Tangkarason yang sedang tular di media sosial.

Klinik terbabit termasuk kuarters pekerjanya telah terbakar sepenuhnya pada kira-kira pukul satu pagi, Khamis lepas.

Pengarah JKNS, Datuk Dr Asits Sanna menegaskan bahawa kempen derma tersebut bukan di bawah arahan atau kelolaan oleh Jabatan.

“Jabatan ini sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diakses oleh orang awam setiap masa.

“Sehubungan dengan itu, perkhidmatan operasi klinik telah dipindahkan buat sementara waktu di Dewan Serbaguna Kampung Tangkarason dan akan mula beroperasi pada Isnin (19 Feb).

“Jabatan Kesihatan Negeri bersama KKM akan memastikan kebajikan anggota kesihatan yang terlibat sentiasa dijaga,” katanya dalam sebuah kenyataan pada Sabtu.

Katanya, sumbangan telah disampaikan kepada dua orang kakitangan yang kuarters mereka terlibat dalam kebakaran untuk meringankan bebanan yang mereka hadapi.

“Mereka telah ditempatkan di homestay berdekatan dan juga telah diberikan sokongan Psychological First Aid (PFA),” tambahnya.