JKNS Sahkan 2 Orang Pelajar Di Sabah Positif COVID-19

JKNS Sahkan 2 Orang Pelajar Di Sabah Positif COVID-19

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melalui Pengarahnya Datuk Dr Christina Rundi mengesahkan terdapat dua (2) orang murid sekolah rendah positif COVID-19 pada Isnin baru-baru ini.

Christina telah mengarahkan kesemua kontak kepada murid sekolah itu telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Rakan sekelas dan keluarga pesakit juga telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin.

Pada Isnin, terdapat mesej tular di media sosial menyatakan terdapat murid sebuah sekolah di Inanam dikesan positif COVID-19.

Kedua-dua murid itu dikesan positif apabila mereka mendapatkan rawatan kesihatan di klinik kesihatan berhampiran.

Difahamkan JKNS turut mengadakan ujian COVID-19 ke atas 37 orang lagi rakan sekelas murid berkenaan serta kepada ibu bapa dan lapan guru yang merupakan kontak kepada kedua-dua pesakit.

Datuk Dr. Christina Rundi…

Atas sebab itu, Christina mengingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mereka mempunyai gejala demam. Sebaliknya, bawa anak-anak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan pelajar untuk sentiasa mematuhi penjarakan sosial dan memakai pelitup muka (facemask) serta rajin mencuci tangan dengan sabun.