Jubilo Academy Tekankan Pembangunan Sahsiah Pemain Akar Umbi

Jubilo Academy Tekankan Pembangunan Sahsiah Pemain Akar Umbi

0
SHARE

KOTA BELUD: Jubilo Football Academy menegaskan komitmen berterusan dalam pembangunan bola sepak akar umbi dengan memberi fokus kepada prestasi di padang serta pembentukan sahsiah pemain.

Ketua Eksekutif, Joe Datuk Golkhan berkata jurulatih memainkan peranan penting bukan sahaja melatih pemain, tetapi membentuk disiplin, karakter dan masa depan mereka.

Beliau berkata akademi menekankan nilai kerja keras, semangat berpasukan dan keyakinan diri, bukan sekadar mengejar kemenangan.

Menurutnya, kejayaan sebenar diukur melalui cara pencapaian itu diraih serta impak jangka panjang kepada pemain.

Beliau turut menggalakkan jurulatih meningkatkan kemahiran dan meneroka pendekatan baharu selaras perkembangan bola sepak moden.

Katanya lagi, pemain mungkin melupakan latihan teknikal, namun akan mengingati pengalaman yang membentuk keyakinan dan rasa dihargai.

Beliau yakin pasukan jurulatih mampu membawa akademi ke tahap lebih tinggi di rantau ini.