Jumlah Kes Sabah Surut Ke Bawah Paras 200

Jumlah Kes Sabah Surut Ke Bawah Paras 200

0
SHARE
Gambar Hiasan...

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah merekodkan angka jangkitan baharu di bawah paras 200 dengan 187 KES iaitu penurunan 18 kes berbanding jumlah kelmarin.

Jumlah kes baharu diperolehi daripada 1,974 sampel ujian pada kadar positiviti 9.22 peratus berbanding 2,179 sampel semalam dengan kadar positiviti 9.56 peratus.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata lima daerah mencatatkan jangkitan baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 68 kes.

“Angka ini merupakan penurunan 24 kes berbanding angka jangkitan semalam…

“Empat (4) lagi daerah yang mencatatkan kes dua angka ialah Sandakan 19 kes (+5), Penampang 18 kes (-5), Tuaran 16 kes (+2) dan Putatan 11 kes (-2).

“Sebanyak 6 daerah, iaitu Kalabakan, Nabawan, Ranau, Sipitang, Telupid dan Tenom tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu,” katanya.

Dalam pada itu, terdaapt satu (1) kes dalam Kategori 3 dan lima (5) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.

Kota Kinabalu 68 (92)
Sandakan 19 (14)
Penampang 18 (23)
Tuaran 16 (14)
Putatan 11 (13)
Tawau 9 (10)
Kinabatangan 7 (2)
Papar 7 (8)
Kota Belud 6 (3)
Lahad Datu 5 (3)
Beaufort 4 (2)
Tambunan 3 (2)
Keningau 2 (0)
Kudat 2 (3)
Kunak 2 (0)
Pitas 2 (1)
Semporna 2 (2)
Beluran 1 (0)
Kota Marudu 1 (2)
Kuala Penyu 1 (1)
Tongod 1 (0)
Kalabakan 0 (0)
Nabawan 0 (4)
Ranau 0 (1)
Sipitang 0 (2)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (3)