Jumlah Rampasan Separuh Tahun 2024 KPDN Saba lh Bernilai RM5.1 Juta

Jumlah Rampasan Separuh Tahun 2024 KPDN Saba lh Bernilai RM5.1 Juta

0
SHARE
Kpdn
Georgie (kanan) berbual dengan seorang penjual daging di Pasar Besar Kota Kinabalu pada Ahad ( Sumber Foto: Ihsan KPDN Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah telah membuat rampasan bernilai RM5,181,595 daripada 31,206 premis sehingga 15 Jun tahun ini.

Pengarahnya, Georgie Abas berkata mereka juga berjaya mengutip kompaun berjumlah RM 62,300 dan RM20,000 dalam denda mahkamah.

KPDN Sabah dalam tempoh tersebut juga telah menerima sebanyak 1073 aduan pengguna daripada pelbagai kategori yang direkodkan dalam sistem eAduan KPDN Sabah.

“Peniaga diingatkan supaya tidak menaikkan harga barangan dan perkhidmatan sesuka hati dan pada kadar yang tidak munasabah tanpa alasan yang kukuh.

“KPDN akan menyiasat setiap aduan yang diterima mengikut undang-undang yang berkuat kuasa dan aduan berhubung harga serta barang kawalan akan disiasat dalam tempoh 24 jam.

“Pengguna juga dinasihatkan supaya melaporkan terus sebarang maklumat berkaitan salah laku peniaga dengan menyalurkan maklumat atau aduan kepada kementerian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ia selepas beliau melakukan operasi pemantauan di Pasar Kota Kinabalu terhadap harga bahan mentah barangan keperluan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha.

Katanya, tijauan mendapati bekalan itu mencukupi dengan harga jualan pada paras biasa, tanpa sebarang kenaikan harga.