Kaamatan Tanpa Sempadan 2021 Capai 9 Juta Penonton Dari Seluruh Dunia

Kaamatan Tanpa Sempadan 2021 Capai 9 Juta Penonton Dari Seluruh Dunia

0
SHARE
Jeffrey menyerahkan cek kepada juara pertandingan Kaamatan Top Influencer And Content Creator 2021 Ben Uzair...

KOTA KINABALU, SABAH – Kaamatan Tanpa Sempadan 2021 merupakan kejayaan besar dengan lebih dari sembilan juta penonton dari 40 negara telah menyaksikan pelbagai program tradisional Sabah yang diadakan secara ‘online’.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G Kitingan mengatakan bahawa jumlah ‘Suka’ (Like) yang diterima pada laman rasmi media rasmi Kaamatan 2021, Kaamatan TV, menunjukkan minat yang besar kepada hasil acara kebudayaan itu.

“Saya percaya kita harus mendukung segala usaha yang bertujuan untuk merayakan budaya kita melalui Pesta Kaamatan…

“Kita perlu memastikan bahawa budaya kita bertahan ujian waktu tapi juga sesuai dengan perubahan keperluan masyarakat kita sendiri.

“Ini termasuk menggunakan teknologi digital bagi memastikan semua orang dapat menurut serta dalam perayaan sambil mempromosikan budaya dan adat istiadat kita ke seluruh dunia,” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Top Influencer And Content Creator 2021.

Jeffrey, yang juga Ketua Jawatankuasa Penganjur Kaamatan peringkat Negeri tahun ini, mengatakan bahawa dia menantikan perayaan pada tahun depan dan berharap ia lebih meriah.

Mengulas mengenai acara hari ini, Jefrey mengatakan bahawa dia gembira kerana pemenangnya bukan dari masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) dan ini menunjukkan bahawa pertandingan ini menarik minat dan perhatian orang dari semua kaum di Sabah.

“Ini juga menunjukkan bahawa Kaamatan terbuka untuk semua orang Sabah, tanpa mengira bangsa atau etnik. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Kaamatan hanya untuk KDM, tetapi ini jauh dari kebenaran,” katanya.

Ben Uzair menjuarai pertandingan Kaamatan Top Influencer And Content Creator dengan membawa pulang wang tunai dan trofi bernilai RM4,000 sementara Country Wolves dan Fanzi Ruji masing-masing mengambil tempat kedua dan ketiga.