UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILADHA PADA 20 JULAI INI

UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILADHA PADA 20 JULAI INI

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji/ Korban diisytiharkan jatuh pada tarikh 20 Julai ini, demikian menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1441 Hijrah ialah pada 11 Julai 2021 Masehi,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam tadi.

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman…

Oleh yang demikian, umat Islam di seluruh negara ini akan menyambut Hari Raya Korban (10 Zulhijjah)  pada hari Selasa, 20 Julai 2021.