JHLS Tangkap Buaya Sepanjang 2 Meter Di Luyang

JHLS Tangkap Buaya Sepanjang 2 Meter Di Luyang

0
SHARE
Anggota Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) sedang menjerat buaya berkenaan...

KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) tangkas menangkap seekor buaya yang merisaukan penduduk Taman Perumahan Bitsa Ridge di Luyang sini.

Reptilia sepanjang dua meter yang sedang meneroka kawasan semak berhampiran perumahan itu disedari lebih kurang jam 7.30 malam tadi.

Penolong Pengarah JHLS Dr Sen Nathan berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima aduan terbabit.

“Operasi tangkapan dijalankan tanpa sebarang masalah dan buaya itu kemudian dibawa ke Pusat Penyelamatan Hidupan Liar di Potuki, Lok Kawi…

“Buaya itu akan dijaga buat sementara waktu dan akan diberikan rawatan jika perlu sebelum dilepaskan kepada habitat yang sesuai,” katanya kepada wartawan.

“Sehubungan itu, kita mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Malaysian Palm Oil Council, Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation, ORANGUTAN APPEAL United Kingdom and Zoo Oregon yang membantu dari segi kewangan untuk operasi hidupan liar seperti ini,” katanya.