PIKAS Sasar Kawasan Pantai Timur Sabah Selepas 18,000 Pekerja Terima Vaksin –...

PIKAS Sasar Kawasan Pantai Timur Sabah Selepas 18,000 Pekerja Terima Vaksin – Hijri

0
SHARE
Hijri Mat Rani...

KOTA KINABALU, SABAH – Program Imunisasi Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) menyasar kawasan Pantai Timur Sabah selepas 18,000 pekerja dari industri pembuatan sini siap menerima suntikan vaksin.

Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Sabah, Hijri Mat Rani berkata mengikut data, terdapat lebih 53,000 individu dari sektor tersebut di negeri ini.

“Kita mendapati antara jumlah mereka yang tinggi berada di Lahad Datu, Sandakan dan Tawau…

“MITI akan cuba menyelaras dan memohon kelulusan dari Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) persekutuan dan negeri untuk menyediakan satu lagi PPV Pikas di kawasan Pantai Timur Sabah,” katanya kepada SabahNews.

MITI merupakan penganjur Pikas untuk Sabah di mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mereka hari ini baru dibuka di Sabah International Convention Center (SICC).

Hijri berkata kapasiti tempat tersebut mampu menampung sehingga 1,500 individu sehari yang datang dari daerah berdekatan Kota Kinabalu termasuk Tuaran, Papar, Penampang dan Putatan.

“Tenaga kerja dan kos adalah berlainan berbanding program di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). PIKAS merupakan urus janji menang-menang antara pihak kerajaan dan swasta…

“Kerajaan akan menampung pembelian vaksin secara percuma tapi kos untuk pusat pemberian vaksin ditanggung syarikat swasta itu sendiri.

“Kos pengoperasian pemberian vaksin dalam hal ini ditanggung SICC sendiri dan syarikat sektor pembuatan yang menyertai Pikas akan berurusan dengan mereka.

“Penyertaaan untuk Pikas adalah secara sukarela. Ini initiatif kerajaan memberi peluang kepada syarikat vaksin secara besasar dan menyeluruh kepada pekerja-pekerja syarikat supaya imuniti kelompok dapat dicapai dengan kadar pantas,” jelasnya.

Menurut Hijri, Pikas dapat memastikan khidmat keperluan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tidak terputus dan risiko jangkitan wabak COVID-19 di kalangan pekerja mereka dapat dikurangkan.

Sektor lain juga akan berkemungkinan mendapat peluang menyertai Pikas di bawah anjuran Kementerian yang menyelia industri tersebut.

Sebagai contoh kata Hijri, sektor pembinaan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui pihak Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sudah mula merangka strategi berpandukan MITI untuk mempercepatkan pekerja industri itu divaksin.