Kaki Pemandu Lori Tersepit, Pemandu Bas Persiaran Trauma Bertembung Di Semporna

Kaki Pemandu Lori Tersepit, Pemandu Bas Persiaran Trauma Bertembung Di Semporna

0
SHARE
Lori
Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tengah hari berhampiran Bulatan Lepa Semporna ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

SEMPORNA, SABAH – Kaki seorang pemandu lori tiga tan tersepit selepas bertembung dengan sebuah bas pelancong di Jalan Utama Semporna – Tawau berhampiran Bulatan Lepa sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Seorang kelindan lelaki yang turut berada dalam lori berkenaan selamat.

Menurut laporan Pusar Gerakan Operasi Bomba Sabah bas persiaran tersebut sedang membawa 15 orang termasuk lima wanita pelancong warganegara China ke Lapangan Terbang Tawau.

“Pemandu bas pelancong mengalami trauma dan dihantar ke hospital oleh orang awam manakala mangsa lain termasuk pemandu kedua tidak mengalami kecederaan.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain di lokasi dan menamatkan operasi pada jam 1.02 tengah hari,” kata seorang jurucakap.

Operasi dijalankan dengan kekuatan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semporna diketuai PBK II Ramlee Ag. Ismail.