Taman Penampang Fasa 2 Terima 25,000 Liter Bekalan Air Bersih

Taman Penampang Fasa 2 Terima 25,000 Liter Bekalan Air Bersih

0
SHARE
Lori
Lori bekalan air di Taman Penampang Fasa 2 ( Sumber Foto: Pejabat ADUN Kepayan )

PENAMPANG, SABAH – Penduduk Taman Penampang Fasa 2 di sini menerima bekalan 25,000 liter air bersih dalam daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, baru-baru ini.

Menurut ADUN Kepayan, Jannie Lasimbang, beliau telah menerima aduan tentang gangguan bekalan air di pangsapuri dan blok kedai berkenaan sejak 16 Oktober lalu.

“Pejabat saya telah mengambil tindakan atas aduan tersebut dan berjumpa dengan pihak pengurusan taman serta pihak Jabatan Air Negeri Sabah berkenaan masalah ini.

“Melalui perbincangan tersebut, pihak pengurusan memaklumkan bahawa mereka sedang membuat pembersihan beberapa tangki air disebabkan terdapat tanah lumpur di dalam tangki menyebabkan saluran air tersumbat.

“Selain itu terdapat beberapa kerosakan dibahagian pam air yang memerlukan pembaikan dan penyelenggaraan ,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Jannie menjelaskan gangguan bekalan air memang berlaku di beberapa tempat di seluruh Sabah masa ini di mana tekanan air yang tidak stabil mengakibatkan pihak Jabatan Air Negeri Sabah membuat sistem catuan untuk beberapa tempat.

“Saya berharap bantuan sementara ini dapat meringankan beban penduduk sementara pihak yang berkenaan menyelesaikan masalah ini.

“Saya sangat mengambil berat masalah ini, dan pihak kami memang sentiasa memantau perkembangan dari masa ke semasa dan mencuba yang terbaik untuk membantu penduduk di kawasan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati agar tidak menunding jari kepada mana-mana pihak kerana ia hanya akan membuat keadaan lebih tegang dan sukar untuk mendapat penyelesaian jangka masa panjang.

“Saya juga sangat berharap kepada penghuni taman tersebut agar kita sama-sama juga mengambil inisiatif untuk berhemah dalam penggunaan air seharian kita,” tambahnya.