Keadaan Banjir Kilat Di Sabah Keseluruhannya Beransur Pulih

Keadaan Banjir Kilat Di Sabah Keseluruhannya Beransur Pulih

0
SHARE

KOTA KINABALU – Banjir kilat yang melanda daerah Kota Kinabalu, Papar, Penampang dan Kota Belud  berikutan hujan berterusan sejak tiga hari lalu secara keseluruhannya beransur pulih.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata banjir kilat di Kota Kinabalu pulih sepenuhnya manakala paras air di Kota Belud, Penampang dan Papar kian surut serta terkawal.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Penampang Baru Kimanis, Papar – SUMBER FOTO: HARIAN METRO

“Pusat pemindahan banjir di Dewan Tun Said Kota Belud ditutup pada jam 3.30 petang tadi. Pada masa ini, 58 orang mangsa banjir daripada 22 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir Dewan Penampang Baru, Kimanis,” katanya.

Sementara itu, Mulliadi Al-Hamdi berkata APM mendapat kerjasama amat baik daripada agensi-agensi kerajaan  seperti Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Sabah Electricity Sdn Bhd dalam menghadapi bencana berkenaan.

– Bernama