AHMEDABAD, INDIA – Sekurang-kurang 16 pesakit COVID-19 dan dua (2) jururawat maut dalam kebakaran sebuah hospital di India, hari ini, menurut pihak berkuasa.
Terdapat kira-kira 50 pesakit lain di hospital empat tingkat itu yang terletak di Bharuch, barat Gujarat, ketika api tercetus kira-kira jam 1 pagi.
Memetik laporan AFP, Rajendrasinh Chudasama iaitu Pegawai polis tempatan memberitahu bahawa jumlah kematian ialah 18 meliputi 16 pesakit dan dua jururawat, setakat ini.
“Hasil siasatan awal mendapati kebakaran tercetus akibat litar pintas di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital terbabit,” katanya.
Pada 23 April lalu, satu insiden kebakaran di pinggir bandar Mumbai meragut nyawa 13 pesakit COVID-19, beberapa hari selepas api menjilat sebuah klinik lain di Maharashtra yang mengorbankan 22 orang.