BEIJING, CHINA – Pandemik COVID-19 yang melanda hampir seluruh dunia sehingga kini memberi pelbagai impak negatif dari pelbagai sudut yang mana baru-baru ini dikaitkan dengan keinginan seksual seseorang individu menurun dengan ketara disebabkan penularan wabak ini.
The Journal of Sexual Medicine mendedahkan hasil kajian yang dilakukan oleh Saintis di negara itu bahawa keinginan seksual yang semakin menurun dipengaruhi oleh keletihan seseorang individu dalam berdepan pelbagai sekatan dan kekangan ekonomi semasa wabak COVID-19 ini.
Kajian yang melibatkan 459 responden itu menunjukkan sebanyak 25% daripadanya mengalami penurunan keinginan seksual yang ketara.
“Meskipun tiada hubung kait jelas dan langsung antara nafsu seksual dan pandemik Covid-19, namun ia berlaku dalam kalangan masyarakat dunia…
“Ini kerana badan kita berada di bawah tekanan dan kepenatan melawan COVID-19 sehingga mengganggu hormon seksual pada skala normal,” menurut hasil kajian itu.
Selain daripada itu, hormon badan yang dikenali sebagai kortisol dan epinefrin yang dilepaskan secara berlebihan apabila seseorang individu itu tertekan dan situasi itu turut menyumbang kepada penurunan rasa keinginan seksual.