Kementerian Pendidikan Kekalkan Jawatan Guru Besar DG52

Kementerian Pendidikan Kekalkan Jawatan Guru Besar DG52

0
SHARE
Menteri Kanan Pendidikan Malaysia Datuk Dr. Radzi Jidin...

TANJUNG MALIM – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengekalkan jawatan guru besar yang menyandang gred DG52 tanpa perlu kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.

Katanya, keputusan itu diambil selepas perbincangan diadakan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan baru-baru ini.

Katanya, perincian berkaitan keputusan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Perkara ini telah lama kita bincangkan di peringkat kementerian. Apa yang kita buat adalah duduk bersama JPA dan Kementerian Kewangan…

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada JPA dan Kementerian Kewangan di atas persetujuan membolehkan guru-guru ini kekal berada di sekolah sebagai guru besar dengan pendekatan tertentu.

“Untuk guru-guru besar yang terlibat, jangan risau. Cikgu akan kekal sebagai guru besar dan perincian lanjut akan diberikan kemudian. Insya-Allah dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas lanjut Radzi berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa keputusan mengekalkan guru besar pada jawatan masing-masing tidak mengganggu proses kenaikan pangkat guru-guru lain.