Kempen Derma Darah Di SM. Stella Maris Tg. Aru 3 Dis Ini

Kempen Derma Darah Di SM. Stella Maris Tg. Aru 3 Dis Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sempena Pasaria SM Stella Maris Tanjung Aru pada 3 Disember ini kaunter Derma Darah juga turut dibuka bermula dari jam 8:00 pagi hingga jam 3:00 petang.

Presiden Persatuan Penderma Darah Negeri Sabah (Pendarah) Alix Sunggin berkata, kempen kali ini adalah anjuran bersama SM. Stella Maris, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pendarah, Pertubuhan Orang Asal Sabah (POAS) dan dibantu oleh Jabatan Perubatan Transfusi Darah Hospital Queen Elizabeth (HQE) II.

“Selain membeli sambal menderma dalam pasaria tersebut kita harap orang ramai dapat meluangkan masa untuk menderma darah yang mana pihak penganjur telah menyediakan goodies berupa beras 5kg kepada 30 penderma terawal,” kata Alix.

Sebarang pertanyaan mengenai program derma darah tersebut boleh menghubungi Pengerusi Penganjur Derma Darah yang juga Naib Yang Dipertua (NYDP) PIBG Stella Maris Encik Alix Sunggin (0164479965).