Hentikan Budaya Beri Cenderahati – PM Anwar Ibrahim

Hentikan Budaya Beri Cenderahati – PM Anwar Ibrahim

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak memberikan sebarang cenderahati kepada beliau sambil menegaskan budaya berkenaan harus dihentikan.

Jelasnya, beliau hargai niat baik semua, namun menegaskan bahawa budaya memberikan cenderahati itu tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta membebankan rakyat.

Terdahulu, Anwar turut menolak untuk menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang disediakan untuk kegunaannya oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Kenderaan itu katanya dibeli dan diperoleh JPM sebelum beliau memasuki Pejabat Perdana Menteri, dengan langkah itu diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu selepas Yang Di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan dan menitahkan supaya Kerajaan Perpaduan dibentuk.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Nov mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…