KEPIMPINAN MANTAP, LEBIH RAMAI PEMIMPIN UMNO DIJANGKA SERTAI KM HAJIJI

KEPIMPINAN MANTAP, LEBIH RAMAI PEMIMPIN UMNO DIJANGKA SERTAI KM HAJIJI

0
SHARE
Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor...

PETALING JAYA, SELANGOR – Seorang penganalisis politik meramalkan lebih ramai wakil dan pemimpin UMNO Sabah akan berhenti untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Memetik sumber Free Malaysia Today, pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Lee Kuok Tiung berkata pembelotan itu akan didorong oleh krisis kepimpinan UMNO dan kepercayaan yang semakin meningkat bahawa parti itu adalah “sebuah kapal karam”.

Beliau mengulas pembelotan LIMA (5) ADUN UMNO Sabah ke Parti Gagasan Rakyat Sabah, baru-baru ini.

Lee berkata terdapat perpecahan besar dalam UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terutamanya selepas pemecatan dan penggantungan pemimpin tertinggi.

Beliau berkata perpecahan dalam parti itu berkemungkinan bertambah buruk berikutan larangan bertanding untuk dua jawatan tertinggi dalam pemilihan UMNO.

“Pemimpin-pemimpin ini yang meninggalkan parti tidak melihat UMNO mempunyai masa depan atau masa yang cukup untuk membina semula sokongan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang…

“Prospek UMNO Sabah kelihatan suram kerana mereka kehilangan orang yang memegang kuasa,” katanya.

Lee percaya Hajiji yakin dengan sokongannya tidak akan menghadapi masalah menerima pembelot UMNO walaupun gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpinnya bersekutu dengan Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri dan persekutuan.

“Hajiji mendapat sokongan majoriti ADUN Sabah, tidak kira apa yang pemimpin persekutuan mahukan, dan beliau tahu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyedari perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata pembelotan ADUN UMNO kepada parti Hajiji adalah selaras dengan tradisi politik Sabah di mana ramai wakil rakyat lebih suka untuk menyesuaikan diri mereka dengan kerajaan pada masa itu.

“Di Sabah, apa sahaja boleh berlaku, termasuk pembalikan nasib politik…

“Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang cuba menjatuhkan Hajiji, perlu menunggu lebih lama sebelum memulakan langkah seterusnya,” katanya menurut sumber.