MKN Sabah Nafi Keluarkan Memo Situasi Perairan Timur Sabah

MKN Sabah Nafi Keluarkan Memo Situasi Perairan Timur Sabah

0
SHARE
MKN
Memo palsu yang bertajuk 'Penutupan Sementara Sebarang Aktiviti Pelancongan Di Perairan Timur Sabah' ( Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook MKN Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menafikan telah mengeluarkan memo bertulis dengan tajuk ‘Penutupan Sementara Sebarang Aktiviti Pelancongan Di Perairan Timur Sabah,’

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, MKN menafikan sepenuhnya pernah mengeluarkan arahan sedemikian.

“MKN Sabah ingin menegaskan bahawa memo tersebut adalah dokumen palsu dan tidak benar sama sekali.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk sumber sahih berkaitan situasi keselamatan di negeri Sabah dan tidak berkongsi berita palsu yang boleh menggugat keselamatan negara melalui mana mana saluran,” jelas dalam kenyataan terbabit.