Bekas Ahli Parlimen Putatan Fail Petisyen Batalkan Keputusan PRU15

Bekas Ahli Parlimen Putatan Fail Petisyen Batalkan Keputusan PRU15

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Bekas Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari yang kalah tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan bagi kawasan itu.

Calon Pakatan Harapan (PH) berkata petisyen itu difailkan melalui peguamnya Nelson Anggang di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 Dis 2022.

“Betul…saya sudah memfailkan petisyen melalui peguam saya pada penghujung tahun lalu,” katanya.

Pada PRU15, yang diadakan pada 19 November tahun lepas, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Shahelmey Yahya memenangi kerusi itu dengan majoriti 124 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Shahelmey memperoleh 16,234 undi, menewaskan Awang Husaini yang memperoleh 16,110 undi serta calon Parti Warisan (WARISAN) Ahmad Mohd Said (8,511 undi) dan calon PEJUANG Patrick Payne yang hanya berjaya memperoleh 394 undi.