KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai nanti, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
ROS memaklumkan perkara itu melalui satu kenyataan ringkas kepada Bernama pada Khamis.
Terdahulu, pada Mei lepas, UMNO sebulat suara meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum, untuk memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.





