KOTA KINABALU, SABAH – Penurunan kes baharu COVID-19 terus dicatatkan sejak tempoh dua hari lepas, daripada 2,279 kes kelmarin kepada 2,136 KES hari ini (5 Sept).
Daerah Kota Kinabalu meihat penurunan 98 kes kepada 357 kes hari ini. Kecuali Tawau, pusat bandar lain seperti Sandakan, Penampang dan Tuaran juga melihat penurunan dalam kes.
Jurucakap COVID-19 harian Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata daerah Tuaran turun 100 kes hari ini.
“Daripada 2,136 kes hari ini, 1,208 merupakan kes daftar lewat antara dua (2) hingga (5) hari…
“Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1280 atau hampir 60 peratus (60 %) kes hari ini,” jelasnya.
Di bandar Kota Kinabalu, 37 peratus (37%) daripada kes hari ini berpunca daripada saringan bergejala, diikuti Tawau (33.7%), Penampang (32.6%) dan Sandakan (27.7%)/
“Pesakit dalam Kategori 3, 4 dan 5 kekal dalam paras yang dianggap tinggi dengan kebanyakkan kes berada dalam Kategori 2 iaitu 1,261 kes atau 59 peratus (59%)…
“Seramai 289 individu yang didapati positif hari ini merupakan warga asing dan 51.6 peratus (51.6) daripada keseluruhan jantina pesakit adalah lelaki,” katanya.
Masidi memaklumkan sejak kelmarin (Sabtu), seramai 43.3 peratus (43.3%) penduduk dewasa negeri Sabah telah memperolehi vaksin lengkap dan 61.8 peratus (61.8%) melengkapi dua dos mereka.
Dua kluster baharu lagi dikesan, ‘Kluster Koyah’ di Kinabatangan yang melibatkan 25 pesakit, dan kluster pusat tahanan, ‘Kluster Pagar Sebrang’ di Keningau yang melibatkan 29 pesakit.
Dalam pada itu, 20,396 kes dicatat seluruh negara pada hari ini (5 September) menunjukkan Sabah menjadi negeri KEEMPAT TERTINGGI di Malaysia selepas Selangor yang mencatatkan 3,886 kes baharu positif COVID-19, Sarawak (3,747 Kes) dan Johor (2,165 Kes).

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (05 September) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 357 (455)
Sandakan – 332 (360)
Tuaran – 102 (202)
Tawau – 157 (126)
Penampang – 92 (123)
Papar – 211 (111)
Keningau – 88 (98)
Kinabatangan – 41 (83)
Kota Belud – 67 (81)
Putatan – 40 (73)
Kota Marudu – 108 (72)
Lahad Datu – 116 (68)
Tenom – 43 (62)
Ranau – 60 (51)
Pitas – 17 (50)
Kudat – 87 (44)
Telupid – 21 (32)
Kunak – 17 (30)
Nabawan – 30 (28)
Tambunan – 11 (26)
Kalabakan – 24 (24)
Beluran – 35 (19)
Beaufort – 19 (17)
Tongod – 23 (17)
Sipitang – 17 (13)
Semporna – 9 (11)
Kuala Penyu – 12 (3)