KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Kerajaan Negeri komited untuk memastikan pembangunan sama rata untuk semua masyarakat di negeri itu.
“Kerajaan GRS telah mencapai banyak kejayaan sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pentadbiran dengan mandat penuh daripada rakyat selepas pilihan raya…
“Saya berterima kasih kepada rakyat khususnya masyarakat Cina atas sokongan berterusan mereka dengan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membawa kemakmuran kepada Sabah,” katanya pada pelancaran Festival Tarian Naga, Unicorn dan Singa Tahun Baharu Cina 2022 anjuran Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK) di SICC di sini hari ini.

Beliau berkata adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri agar rakyat terus menjadi menjadi rakan kongsi dalam kemajuan untuk merealisasikan agenda pembangunan kerajaan.
“Adalah aspirasi saya sebagai Ketua Menteri untuk melakarkan pelan pembangunan untuk Sabah dan rakyat…
“Untuk tujuan ini, kami telah melancarkan pelan hala tuju pembangunan lima tahun, Hala Tuju Sabah Maju Jaya, pada tahun lepas,” katanya.
Hajiji mengulangi bahawa Kerajaan Negeri telah memberi penekanan kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat terbukti daripada peruntukan yang besar (RM164.12 juta) di bawah Bajet 2022 Negeri bagi agensi berkaitan, pendidikan dan badan-badan agama.
“Selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, peruntukan itu adalah untuk manfaat semua agama dan kaum di Sabah,” katanya.
Katanya peruntukan terbesar pernah diluluskan oleh Kerajaan Negeri, berjumlah RM47 juta, untuk badan agama bukan Islam dan sekolah vernakular serta mubaligh tahun ini juga mencerminkan keikhlasan Kerajaan Negeri untuk menjaga kebajikan semua orang di Sabah.
Sehubungan dengan Tahun Baru Cina tahun ini, beliau percaya seluruh rakyat Malaysia tidak sabar untuk menyambut Tahun Harimau, yang terkenal dengan kekuatannya, kehebatan dan keberanian, terutamanya selepas melalui cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu wabak COVID-19.
“Melihat ke hadapan, saya pasti jangkaan untuk keadaan menjadi lebih baik adalah lebih tinggi untuk tahun ini,” katanya.
Hajiji juga memuji USCCAKK atas komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk menganjurkan Festival semasa tahun-tahun pra-COVID-19 sebelum ini.


Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan selaku Menteri Kewangan II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, ADUN dilantik, Datuk Yong Teck Lee; Presiden USCCAKK, Datuk Susan Wong; Pengerusi Penganjur, Datuk Chua Soon Ping; Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah Tan Sri Andrew Liew; Presiden Persatuan Persekutuan Cina Malaysia, Tan Sri T C Goh dan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina Sabah.





