KOTA KINABALU, SABAH – Satu kluster jenis komuniti dikesan di Kuala Penyu sementara jumlah kes harian meningkat 21 kes.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah mencatat sebanyak 265 kes baharu pada hari ini.
Kota Kinabalu mencatat kes baharu tertinggi sebanyak 70 kes diikuti daerah Papar dengan 23 kes (+7), Ranau 23 (-4), Penampang 19 (-31), Tuaran 19 (-5) dan Kota Belud 18 (-1).
Katanya dalam sebuah rumusan kes harian, daerah Penampang merekodkan jumlah penurunan yang paling besar iaitu (-31) kes.
“Kluster yang diberi nama Kluster Kayul itu tercetus apabila kes indeks iaitu seorang warganegara berumur 62 tahun dikesan positif setelah menjalani ujian RTK Antigen…
“Kes indeks didapati telah mengadakan majlis keagamaan bertempat di Kampung Kayul yang dihadiri oleh ahli keluarga dari Kampung Kayul, Kampung Kebunau dan Kampung Gerowot,” jelasnya.
Beliau berkata saringan pengesanan ke atas kontak rapat telahpun dijalankan yang setakat ini mengesan 24 kes termasuk empat (4) kes baru pada hari ini.
Sejumlah 261 pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Satu (1) kes dalam Kategori 3, dua (2) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) lagi dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (14 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 70 (44)
Papar – 23 (16)
Ranau – 23 (27)
Penampang – 19 (50)
Tuaran – 19 (14)
Kota Belud – 18 (19)
Keningau – 13 (9)
Putatan – 13 (4)
Sandakan – 10 (5)
Beaufort – 10 (4)
Tawau – 8 (6)
Kuala Penyu – 6 (9)
Tenom – 6 (2)
Lahad Datu – 5 (5)
Kota Marudu – 5 (7)
Beluran – 4 (2)
Sipitang – 4 (3)
Tambunan – 3 (4)
Tongod – 3 (0)
Kudat – 2 (1)
Semporna – 1 (0)
Telupid – 0 (5)
Kinabatangan – 0 (2)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (2)
Pitas – 0 (3)
Kalabakan – 0 (1)