PAPAR, SABAH – Seorang lelaki maut tersepit dalam kenderaan Proton Satria yang dipandunya apabila terbabas sendiri di satu persimpangan U berhampiran Kampung Tanaki di Jalan Papar sini awal pagi semalam (Isnin).
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa berumur 32 tahun terlibat disahkan maut di lokasi oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kejadian 6.15 itu.
Menurutnya, pusingan U berkenan dari jalan Kota Kinabalu menghala ke Papar.
“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dan seterusnya diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 7 pagi,” katanya.





