GRS Platform Agenda Kebangkitan Rakyat Sabah – BERSATU

GRS Platform Agenda Kebangkitan Rakyat Sabah – BERSATU

0
SHARE
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Khairul Firdaus Akbar...

KOTA KINABALU, SABAH – Panggilan untuk mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu entiti badan gabungan politik makin kuat di dengari dan rasai di kalangan rakyat Sabah.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, aspirasi dan harapan rakyat wajar di terjemahkan untuk menjamin masa depan negeri dan rakyat Sabah yang lebih baik.

“Barisan kepimpinan yang ada di bawah kerajaan GRS di yakini mampu untuk membawa negeri Sabah ke mercu kejayaan…

“Masanya sudah tiba untuk pemimpin pemimpin Sabah bersatu padu dalam memastikan agenda kemajuan dan kejayaan dapat di laksanakan di bawah payung GRS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, perkara perkara yang menghalang untuk Sabah menjadi sebuah negeri yang maju pastinya dapat di laksanakan dengan lebih tersusun dan baik jikalau pemimpin-pemimpin di Sabah dapat bersatu hati di wadah perjuangan GRS.

“Suara kita seharusnya wajib di dengari dengan jelas dan tegas oleh kerajaan persekutuan. Keberanian dan kejujuran di kalangan kepimpinan mesti wujud untuk melangsungkan agenda perjuangan negeri Sabah yang setelah sekian lama ketinggalan dari segi pembangunan…

“Keadaan politik di semenanjung yang seakan tiada kesudahan, memangkin lagi perlunya untuk pemimpin pemimpin Sabah mencorak hala tuju dengan berlandaskan kepentingan rakyat Sabah secara tuntas,” katanya lagi.

Tegasnya, BERSATU Sabah cukup yakin dan percaya masa depan rakyat Sabah harus di corak oleh kepimpinan negeri Sabah sendiri dan seterusnya juga bernaung di bawah payung GRS.