Mayor Bandaraya Beri ‘Lampu Hijau’ Operasi Pasar Malam Sementara Sempena Tahun Baharu...

Mayor Bandaraya Beri ‘Lampu Hijau’ Operasi Pasar Malam Sementara Sempena Tahun Baharu Cina

0
SHARE
Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kapayan, Lu Yen Tung...

KOTA KINABALU, SABAH – Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kapayan, Lu Yen Tung, semalam berkata Mayor Bandaraya, Datuk Noorliza Awang Alip, telah memberikan ‘lampu hijau’ untuk pasar malam sementara beroperasi di kawasan rumah kedai Kepayan Rumah Murah sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Lu dalam satu kenyataan hari ini berkata, pasar malam itu akan diadakan pada 29 dan 30 Januari dari jam 1 tengah hari sehingga 12 tengah malam.

Tambahnya, 25 lot gerai akan disediakan dan mereka yang berminat perlu membuat permohonan dengan DBKK untuk lot tersebut.

“Maklumat lanjut mengenai pasar malam itu akan diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tidak lama lagi,” kata Lu sambil menambah ia adalah kali pertama pasar malam sempena Tahun Baru Cina diadakan di sana.

“Pandemik COVID-19 telah menjejaskan ramai keluarga sejak melanda dua tahun lalu. Melihat punca pendapatan ramai daripada mereka terjejas, saya menulis surat kepada Datuk Bandar DBKK dengan cadangan untuk membenarkan pasar malam di sini sempena Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 1 Februari dan dia meluluskannya,” kata Lu.

Lu bagaimanapun mengingatkan para peniaga dan pengunjung pasar malam itu supaya mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mencegah penularan virus COVID-19.

“Hanya mereka yang telah melengkapkan dos vaksinasi, memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial dibenarkan masuk ke pasar malam itu,” tegasnya.