KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan tidak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas 40 peratus hasil Persekutuan yang dikutip dari Sabah.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Peguam Negara memaklumkan keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri hari ini, yang turut bersetuju supaya rundingan dengan Kerajaan Negeri Sabah dimulakan segera.
Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan akan merayu terhadap beberapa kecacatan dalam alasan penghakiman yang antaranya mendakwa berlaku penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan oleh kerajaan sejak 1974.
Jabatan itu menegaskan bahawa prinsip pemberian khas berdasarkan 40 peratus hasil akan dihormati seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.






