PENAMPANG, SABAH – Sepasang suami isteri maut bersama selepas Proton Saga FLX dinaiki mereka dirempuh sebuah Toyota Hilux di sebuah pusingan U pada Jalan Pintas Penampang sini kira-kira pukul 6.50 petang, semalam.
Mangsa berusia 69 tahun yang dikenal pasti sebagai Peter John Lo @ James Lo dan isterinya berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi.
Sementara itu, pemandu pacuan empat roda itu, seorang lelaki berusia 39 tahun mengalami patah tangan.
Mangsa maut dipercayai dalam perjalanan dari arah Donggongon dan membuat pusingan U sebelum dirempuh Hilux yang dalam perjalanan ke Donggongon.