Kerajaan Pusat Patut Hormati ‘Keputusan Autonomi’ Sabah – Goh

Kerajaan Pusat Patut Hormati ‘Keputusan Autonomi’ Sabah – Goh

0
SHARE
Tan Sri T.C Goh...

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan pusat sepatutnya menghormati ‘keputusan autonomi’ kerajaan negeri Sabah dalam melonggarkan SOP dan membuka sektor ekonominya secara berperingkat.

Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah, Tan Sri T.C Goh berpendapat bahawa dengan penurunan kadar kes COVID-19 di sini, pengumuman Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor adalah tepat dan sepatutnya disambut baik.

Dalam pada itu, kata Goh, Sabah sudah pasti telah menepati syarat kelonggaran SOP baharu yang bakal diumum Majlis Keselamatan Negara sepertimana yang dimaklumkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Kerajaan pusat sepatutnya menghormati keputusan kerajaan negeri Sabah kerana ianya dibuat selepas kajian mendalam dengan semua agensi yang berkaitan berdasarkan data dan fakta yang dikumpul,” katanya.

Ismail Sabri juga berkata SOP baharu itu akan diberikan berbanding dengan jumlah kes kepada setiap populasi 10,000 individu dan bukan mengambil kira jumlah kes dalam satu negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob…

Ismail menggunakan negeri Perlis sebagai contoh di mana meskipun bilangan kes rendah dan dikelaskan sebagai zon hijau tetap dikenakan ‘total lockdown’ sama dengan Selangor yang mempunyai kes tertinggi.

“Jika begitu, lebih banyak negeri dalam Malaysia layak menamatkan perintah berkurung mereka dan ianya munasabah bagi membuka sektor perniagaan secara berperingkat.”

Goh yang juga ahli Majlis Penasihat Ekonomi Sabah berkata kerjaan negeri tetap menghormati SOP dikeluarkan kerajaan pusat tapi pada masa yang sama telah mengambil pendekatan sesuai bagi membendung penularan COVID-19 sehingganya mencapai bilangan kes rendah.

“Tindakan Hajiji adalah mendahulukan kepentingan rakyat dan wajar disokong semua termasuk pihak pembangkang…

“Orang Sabah lebih memahami situasi di negeri sendiri dan kerajaan pusat harus lebih bersifat empati dengan rakyat terutamanya selepas tiga kali diperkenakan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Dine-in dan pemanjangan waktu beroperasi tidak akan menjadi satu masalah dengan pematuhan kepada SOP yang sedia ada.

“MKN dan Kerajaan pusat harus lebih kerap bertukar pendapat dengan pucuk pimpinaan kerajaan negeri bagi merumus SOP yang lebih sesuai mengikut keadaan unik setiap negeri,” katanya.