Kerajaan Segerakan Sumbangan Anak Hilang Ibu Bapa Akibat COVID-19

Kerajaan Segerakan Sumbangan Anak Hilang Ibu Bapa Akibat COVID-19

0
SHARE
Ismail Sabri (belakang tengah) bergambar bersama penerima bantuan Yayasan Keluarga Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Jumaat... - Sumber Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyegerakan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali akibat COVID-19 yang belum menerima bantuan itu melalui Yayasan Keluarga Malaysia, dedah  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, bantuan secara sekali beri berkenaan bagi membantu anak-anak itu dari peringkat sekolah hingga universiti.

“Saya telah beritahu Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, kita akan bayar terus kepada penerima (di seluruh negara) bagi meringankan beban mereka…

terutamanya sesi persekolahan bermula Isnin ini serta beberapa institusi pengajian tinggi juga telah bermula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia yang turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Sebelum itu, beliau menyerahkan sumbangan itu kepada 42 penerima di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), pada Jumaat.