Kerajaan Turunkan Harga ‘Facemask’ Pada Kadar RM1 Sekeping

Kerajaan Turunkan Harga ‘Facemask’ Pada Kadar RM1 Sekeping

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi hari ini mengumumkan harga siling bagi pelitup muka (facemask) akan dijual pada kadar RM1 sekeping di peringkat runcit manakala RM0.95 di peringkat pemborong.

Beliau memaklumkan pengurangan kadar harga berikut adalah sebahagian daripada pendekatan untuk membantu rakyat, khususnya golongan ibu bapa yang perlu membekalkan pelitup muka untuk kanak-kanak ke sekolah.

Selari perkembangan semasa, katanya, harga semasa pelitup muka akan terus diturunkan di bawah paras 95 sen sekeping di peringkat pemborong dan RM1 sekeping di peringkat runcit.

“Kita bersedia untuk turunkan lagi kepada paras harga yang lebih rendah pada masa akan datang,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang menjawab soalan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin) mengenai rasional peningkatan harga maksimum pelitup muka daripada RM0.80 sen sekeping ke RM1.50 sekeping.

Terdahulu, Kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak dan pengangkutan awam mulai 1 Ogos.