
GENEVA – Kerosakan akibat gempa bumi yang dahsyat di Turkiye dijangka melebihi AS$100 bilion (RM447.28 bilion).
Perkara itu dimaklumkan oleh pegawai Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) UNDP pada Selasa.
Memetik laporan Reuters, Louisa Vinton menerusi pautan video dari Gaziantep, berkata adalah jelas daripada pengiraan yang dilakukan sehingga kini bahawa angka kerosakan dibentangkan oleh kerajaan dan disokong oleh… rakan kongsi antarabangsa akan melebihi AS$100 bilion (RM447.28 bilion).