Kes Buli Tanjung Aru: Dua Kertas Siasatan Dibuka

Kes Buli Tanjung Aru: Dua Kertas Siasatan Dibuka

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polis daerah ini membuka sebanyak dua kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan terhadap kes buli membabitkan pelajar sekolah menengah di Tanjung Aru, sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Zaidi Abdullah berkata kesalahan berkaitan dengan sengaja mendatangkan cedera.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dan jenayah di kalangan pelajar termasuk kes mendatangkan cedera dan juga kes buli,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Selasa lepas, telah tular video viral insiden terbabit yang menunjukkan seorang pelajar ditumbuk dan ditendang oleh empat rakan sekolah yang lain.

Dalam klip berdurasi 23 saat itu, mangsa buli berkenaan dilihat menerima tumbukan dan tendangan dengan tenang malah semakin memajukan diri ke arah rakan sekolah yang terlibat membulinya.