Kes COVID-19 Di Sabah Menurun Hari Ini

Kes COVID-19 Di Sabah Menurun Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 di Sabah menurun 46 kes berbanding jumlah kelmarin membawa kepada catatan 172 kes.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Maisidi Manjun berkata, terdapat 24 kes baharu daripada lima (5) kluster aktif di Sabah.

“Kluster penyumbang terbanyak ialah Kluster Jalan Bypass Kologon, Ranau dengan 10 kes positif yang baharu diikuti dengan lima (5) kes daripada Kluster Jalan Pertukangan Sandakan…

“Kluster jenis institusi pendidikan di Ranau, iaitu Kluster Puri, merekodkan empat (4) kes positif baharu hari ini,” kata beliau dalam rumusan harian kes.

Beliau turut menekan jumlah jangkitan tinggi dikalanga kanak-kanak bawah umur 12 tahun dan belum layak menerima vaksin hari ini.

Mereka adalah 32 orang ataupun 18 peratus daripada jumlah kes harian di Sabah.

“Sekali lagi semua ibu bapa dan pengurusan sekolah diseru mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mempertingkatkan keselamatan anak-anak kecil daripada jangkitan,” tegasnya.

Masing-masing satu pesakit hari ini dilaporkan berada dalam Kategori 3 dan 4 manakala dua (2) kes dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (23 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 31 (34)
Papar – 21 (12)
Ranau – 21 (7)
Beaufort – 19 (10)
Penampang – 17 (19)
Sandakan – 17 (21)
Tuaran – 11 (37)
Kota Belud – 7 (5)
Tenom – 6 (7)
Kuala Penyu – 5 (4)
Putatan – 5 (17)
Kota Marudu – 3 (13)
Tawau – 3 (13)
Lahad Datu – 2 (1)
Keningau – 2 (6)
Semporna – 1 (1)
Beluran – 1 (0)
Tambunan – 0 (1)
Telupid – 0 (1)
Kinabatangan – 0 (1)
Kunak – 0 (2)
Nabawan – 0 (0)
Sipitang – 0 (6)
Pitas – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)
Kudat – 0 (0)