KOTA KINABALU, SABAH – Setelah kes harian turun ke paras 45 kes kelmarin, jumlah jangkitan baharu melonjak tinggi kepada 63 kes hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata ianya merupakan pertambahan 18 kes berbanding angka sebelumnya.
“Beberapa daerah mencatatkan pertambahan jumlah kes harian atau kekal tinggi. Antaranya ialah Kota Kinabalu 19 kes (+1), Penampang 17 kes (+3) dan Sandakan 10 kes (+10)…
“Tidak ada jangkitan direkodkan di Sandakan kelmarin dan secara keseluruhannya, sembilan (9) daerah merekodkan pertambahan jumlah jangkitan baharu manakala hanya 4 daerah mencatatkan penurunan,” katanya.
Sebanyak 16 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu sepanjang 24 jam yang lalu dan lapan (8) daerah pula mencatatkan jangkitan baharu satu angka.
“Tiga daerah mencatatkan kes baharu dua angka, yakni Kota Kinabalu, Penampang dan Sandakan,” jelas Masidi dalam rumusan harian kes.
Terdapat seorang dalam Kategori 4 dan tiga lagi dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (06 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 19 (18)
Penampang 17 (14)
Sandakan 10 (0)
Sipitang 4 (4)
Kota Belud 3 (0)
Kudat 2 (1)
Papar 2 (1)
Tawau 2 (1)
Tuaran 2 (3)
Beluran 1 (0)
Kuala Penyu 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (1)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Marudu 0 (1)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (0)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Tambunan 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)






