Kucing Tersangkut Lubang Tombol Pintu Berjaya Diselamatkan di Beaufort

Kucing Tersangkut Lubang Tombol Pintu Berjaya Diselamatkan di Beaufort

0
SHARE

BEAUFORT: Pasukan Bomba dan Penyelamat dari BBP Beaufort berjaya menyelamatkan seekor kucing yang tersangkut pada bahagian kepala di dalam lubang tombol pintu di Kampung Batu 6, Lumadan, baru-baru ini.

Panggilan kecemasan diterima pada jam 3.10 petang dan jentera tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian selepas menempuh jarak 15 kilometer.

Seramai lapan anggota diketuai PBK I Irwan Abdul digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, kucing berwarna putih itu berjaya dikeluarkan dengan berhati-hati tanpa sebarang kecederaan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.44 petang dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya.