Kes COVID-19 Sabah: Kota Kinabalu Kembali Merekodkan Kes Tiga Angka

Kes COVID-19 Sabah: Kota Kinabalu Kembali Merekodkan Kes Tiga Angka

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kedudukan tidak banyak berubah hari ini dengan 227 kes baharu iaitu pertambahan 4 kes berbanding semalam.

Walau bagaimanapun, jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kota Kinabalu kembali merekodkan kes tiga angka dengan 113 jangkitan baharu.

“Ianya pertambahan 36 kes berbanding jumlah semalam…

“Lima (5) daerah lain mencatatkan jangkitan dua angka yang didahului oleh Tuaran dengan 21 kes (+6), Tawau 19 kes (+5), Penampang 15 kes (-4), Sandakan 12 kes (-3) dan Putatan 10 kes (+5).

“Lahad Datu, Beaufort dan Papar yang mencatatkan jangkitan dua angka semalam hanya mencatatkan kes baharu satu angka hari ini.

“Enam daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat masing-masing (1) kes berada dalam Kategori 3 dan Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (01 Sept 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 113 (77)
Tuaran 21 (15)
Tawau 19 (14)
Penampang 15 (19)
Sandakan 12 (15)
Putatan 10 (5)
Papar 6 (13)
Kota Belud 4 (7)
Beaufort 3 (12)
Keningau 3 (3)
Lahad Datu 3 (14)
Ranau 3 (2)
Tambunan 3 (0)
Kota Marudu 2 (2)
Kudat 2 (6)
Pitas 2 (0)
Sipitang 2 (1)
Kalabakan 1 (0)
Kunak 1 (0)
Telupid 1 (1)
Tongod 1 (0)
Beluran 0 (1)
Kinabatangan 0 (2)
Kuala Penyu 0 (2)
Nabawan 0 (8)
Semporna 0 (0)
Tenom 0 (4)