KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan baharu yang bakal ditubuh harus mentadbir berlandaskan sistem yang meletakkan fokus kepada pengurusan krisis negara.
Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata pihak yang diamanahkan itu patut mematuhi nasihat Yang di-Pertuan Agong dengan mengutamakan kesihatan dan kebajikan rakyat.
“Oleh itu, ianya hanya wajar bagi membentuk ‘Kabinet Krisis’ bagi memimpin Malaysia sehinggalah keadaan beransur pulih dan selamat bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15,” katanya dalam laman Facebook milik beliau hari ini.
Menurutnya, dengan cara ini, Malaysia boleh kekal fokus dalam memerangi wabak COVID-19.
“Semoga kita dapat melalui masa yang sangat mencabar ini bersama,” tambah beliau.