KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 Sabah berkurang 52 kes berbanding semalam namun satu kluster baharu dikesan di daerah Tambunan.
Jumlah kes baharu Sabah adalah 213 kes hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Kota Kinabalu kekal penyumbang kes tertinggi negeri.
“Tambunan menjadi penyumbang kedua tertinggi hari ini dengan 36 kes, di mana 34 daripada kes tersebut datang daripada kluster baharu, Kluster Jalan Kepayan Lama…
“Kluster institusi pendidikan ini melibatkan seorang pelajar asrama (indeks kes) SMK Tambunan yang berumur 18 tahun dan didapati positif setelah menjalani ujian kendiri dan ujian pengesahan COVID-19 RTK Antigen kerana bergejala.
“Saringan seterusnya telah dibuat keatas kontak rapat iaitu dikalangan rakan seasrama dan 34 orang lagi didapati positif,” katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan menunjukkan bahawa setakat ini penularan virus terhad dikalangan pelajar yang tinggal di asrama yang sama.
“Semua pelajar yang terlibat telahpun diasingkan untuk rawatan yang sesuai,” katanya dalam rumusan harian kes.
Dalam pada itu, seramai 209 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.
Terdapat empat (4) kes dalam Kategori 3, manakala tidak ada kes dalam Kategori 4 atau 5.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (16 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 47 (70)
Tambunan – 36 (3)
Penampang – 18 (19)
Tuaran – 18 (19)
Putatan – 15 (13)
Papar – 14 (23)
Ranau – 11 (23)
Tawau – 11 (8)
Sandakan – 7 (10)
Kota Marudu – 6 (5)
Keningau – 6 (13)
Tenom – 6 (6)
Kota Belud – 5 (18)
Beaufort – 4 (10)
Kuala Penyu – 3 (6)
Beluran – 3 (4)
Telupid – 1 (0)
Sipitang – 1 (4)
Pitas – 1 (0)
Semporna – 0 (1)
Lahad Datu – 0 (5)
Kinabatangan – 0 (0)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Tongod – 0 (3)
Kalabakan – 0 (0)
Kudat – 0 (2)