Kes COVID-19 Sabah Naik Menghampiri Paras Angka 100

Kes COVID-19 Sabah Naik Menghampiri Paras Angka 100

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian kembali melonjak naik menghampiri paras angka 100 dengan 96 kes baharu, 20 kes lebih tinggi daripada jumlah kelmarin.

Lebih banyak daerah mencatatkan kes baharu yang lebih tinggi daripada sebelumnya termasuk tujuh (7) daerah yang tidak mencatatkan sebarang kes kelmarin.

“Antaranya ialah Papar dengan 10 kes baharu dan Putatan 5 kes. Tuaran juga naik daripada 2 kes kelmarin kepada 8 kes hari ini,” kata jurucakap perkembangan harian kes Datuk Seri Masidi Manjun.

Kota Kinabalu mencatat 37 kes baharu berbanding 43 kes kelmarin (-6), begitu juga kes baharu di Penampang yang berkurangan daripada 23 kes kepada 20 kes hari ini.

“Secara keseluruhan, jumlah daerah yang ‘bebas’ daripada jangkitan sepanjang 24 jam yang lalu telah berkurangan daripada 19 daerah kelmarin kepada 15 daerah sahaja hari ini,” katanya.

Keseluruhan 96 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 sahaja.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (21 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 37 (43)
Penampang 20 (23)
Papar 10 (0)
Tuaran 8 (2)
Sandakan 6 (3)
Putatan 5 (0)
Keningau 3 (0)
Kota Belud 3 (1)
Beaufort 1 (0)
Ranau 1 (0)
Sipitang 1 (0)
Tenom 1 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kota Marudu 0 (2)
Kuala Penyu 0 (1)
Kudat 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Semporna 0 (0)
Tambunan 0 (0)
Tawau 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)