Tarif Elektrik Sabah Kekal, “Kirim Salam Shafie” – Bung

Tarif Elektrik Sabah Kekal, “Kirim Salam Shafie” – Bung

0
SHARE
Bung (kanan) menerima cenderakenangan dariapda Pengarah JKR Sabah Ir. Haji Ali Ahmad Hamid...

KOTA KINABALU, SABAH – Tarif elektrik di Sabah kekal atau sekurang-kurangnya sehingga ia mendapat bekalan yang stabil.

Menteri Kerja Raya (JKR) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata harga semasa itu ditetapkan Suruhanjaya Tenaga.

“Belum ada keputusan dibuat oleh Kabinet Negeri mengenai perkara itu,” katanya menjawab khabar angin yang tersebar ‘online’.

Siaran di pelbagai portal berita dalam talian seperti selayangpandang.net dan forum tempatan lowyat.net dan paultan.org mengenai subjek itu telah dipadam akses.

Mereka semua mendakwa Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menaikkan kadar di Johor bermula Julai berikutan kenaikan harga gas akibat perang di Ukraine dan terutamanya sekatan ke atas minyak Rusia.

Sementara itu, Bung menggalakkan lebih ramai jurutera dan arkitek Sabah mengambil Peperiksaan Penilaian Profesional.

Dalam ucapannya pada majlis anugerah tahunan Jabatan pada malam Isnin beliau berkata hanya dua arkitek di JKR Sabah yang menyandang gelaran ‘Ir.’.

“Ini perlu apabila berurusan dengan Kerajaan Persekutuan. Pergilah dan ambil (peperiksaan itu), Kerajaan Negeri menyokong anda…

“Kami mahu ‘engineer’ kita memartabatkan diri mereka dan ada polisi tertentu apabila berurusan dengan profesional. Jadi kalau tiada itu, maka…” katanya.

Ketua UMNO Sabah itu turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal atas satu sindiran yang diambilnya sebagai pujian.

Shafie dipetik sebagai berkata “lebih bagus” Sabah ditadbir oleh UMNO melihat jumlah kerusi mereka di negeri ini.

“(Politik) adalah proses memberi dan menerima dan ini penting untuk Kerajaan Negeri yang stabil dan itu membuatkan rakyat gembira.

“Kirim salam saya kepadanya (Shafie),” katanya.

Mengulas lanjut mengenai hubungan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), beliau berkata adalah lebih baik jika semua orang boleh menyertai GRS namun Barisan Nasional (BN) sudah mempunyai komponen sendiri.

“Persaingan ada di mana-mana,” katanya ketika ditanya mengenai pakatan GRS-BN ketika hari pilihan raya semakin hampir.