Dialog Pemimpin Mukim Kundasang Diadakan Bincang Isu-Isu Berkaitan Jabatan Kerajaan

Dialog Pemimpin Mukim Kundasang Diadakan Bincang Isu-Isu Berkaitan Jabatan Kerajaan

0
SHARE
Dr. Joachim (lima dari kanan) bersama Jonathan (enam dari kiri) bergambar kenangan bersama dengan Ketua-ketua Jabatan yang hadir dalam Majlis Dialog, kelmarin...

RANAU, SABAH – Satu Majlis Dialog Pemimpin Mukim Kundasang telah diadakan bersama ketua-ketua jabatan kerajaan daerah Ranau di Dewan Kampung Semuruh, Kundasang, dekat sini, kelmarin.

Antara yang terlibat ialah Pejabat Daerah Ranau, Majlis Daerah Ranau, Jabatan Air, Jabatan Perparitan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengangkutan Jalan raya, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Bomba, Jawatan Kuasa dalam Bandar (JKDB) dan syarikat konsesi Globinaco Sdn Bhd dan Pembinaan Kekal Mewah (PKM).

Majlis tersebut dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Sesi dialog diadakan bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan setiap jabatan di daerah Ranau khususnya Mukim Kundasang.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yassin; Pegawai Daerah Ranau; Jumain Abdul Ghani; Timbalan Ahli majlis Daerah Ranau, Japiril Suhaimin; Ketua-ketua Jabatan, Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Anak Negeri (KAN, Ketua Kampung (KK), kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang dan Pejabat Perhubungan Parlimen Ranau.