Enam Murid Sekolah Selamat, Suspek Cuba Bawa Lari Persona Dipintas

Enam Murid Sekolah Selamat, Suspek Cuba Bawa Lari Persona Dipintas

0
SHARE
Polis
Anggota Polis Daerah Ranau menahan suspek selepas memastikan kunci kenderaan terbabit dicabut ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )

RANAU, SABAH – Pasukan polis daerah ini berjaya memintas pergerakan seorang lelaki yang cuba membawa lari sebuah kenderaan Proton Persona sekaligus dengan enam murid sekolah di dalam.

Kejadian tular melalui dua video berdurasi seminit pada kira-kira pukul lima petang Selasa berhampiran sebuah kedai runcit di Kampung Pinosuk, Kundasang, sini, berakhir dengan bantuan orang awam.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Lomudin berkata siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau berkata menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Simiun berkata suspek niat awal suspek adalah untuk mencuri kenderaan terbabit yang mana enjin dibiarkan hidup berparkir di tepi jalan dengan pintu tidak berkunci.

Polis
Anggota Polis Daerah Ranau menahan suspek selepas memastikan kunci kenderaan terbabit dicabut ( Sumber Foto: Gambar tular di laman media sosial )