Stacy Sekolahkan Elle SMDX, Jaga Mulut, Biar Terkenal Sebab Bakat Bukan Kontroversi

Stacy Sekolahkan Elle SMDX, Jaga Mulut, Biar Terkenal Sebab Bakat Bukan Kontroversi

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Sebagai seorang anak seni yang sudah berpengalaman dalam industri, penyanyi Stacy sekolahkan kumpulan SMDX agar lebih berhati-hati apabila menjawab sebarang persoalan tanpa mencetuskan kontroversi.

Stacy atau Ummy Shaikhah Stacy Anam berkata, setiap artis juga perlu lebih peka dan sentiasa bersedia dengan jawapan lebih baik apabila berdepan dengan peminat, lapor Mstar.

“Datang dalam industri ini kena bersedia dengan semua soalan dan hati-hati dalam setiap perbuatan atau percakapan. 

“Biar orang kenal kita sebab bakat, bukan kontroversi yang tidak enak di dengar,” katanya ketika ditemui media pada konsert The Hardest Singing Show di sini pada malam Ahad lalu.

Beliau berkata demikan selepas diminta mengulas mengenai kontroversi seorang anggota kumpulan SMDX, iaitu Elle yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengundang rasa kurang senang ramai netizen.

Sementara itu, katanya, mencipta kontroversi seperti itu bukanlah satu perkara yang baik untuk seseorang artis.

“Setiap orang ada kelas tersendiri, Tak kan masuk industri mahu glamor dengan gosip sedemikan? Tidak elok cara begitu.

“Tunjukkan bakat dahulu kalau nak naik cara betul, itu paling utama. Selancang mana pun mulut kena belajar untuk berdiam, jangan main cakap sesuka hati,” tegasnya.

Terdahulu, nama Elle menjadi tumpuan ramai selepas dia memberitahu tidak mengenali kumpulan Dolla ketika menjawab pertanyaan netizen dalam satu siaran langsung di laman TikTok miliknya.

Kenyataan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang ramai peminat memandangkan Dolla sudah mencipta nama dalam industri lebih awal dan dikenali ramai.

Dalam pada itu, pihak pengurusan SMXD iaitu XIOKK Entertainment kemudian tampil memohon maaf berhubung isu tersebur dan turut memadam komen di media sosial yang berbaur kecaman dan membuli anggota SMDX.

Selain Elle, SMDX turut dianggotai oleh dua bekas peserta Unduk Ngadau, iaitu Devegray dan Crystal.