PROJEK KILANG KACA SOLAR KIBING TANDA KEJAYAAN SMJ: KM HAJIJI

PROJEK KILANG KACA SOLAR KIBING TANDA KEJAYAAN SMJ: KM HAJIJI

0
SHARE
Hajiji
Hajiji (kanan) menandatangani kain rentang semasa merasmikan majlis tersebut ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Pembukaan kilang kaca solar di Sabah membuktikan kejayaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pelaburan berimpak tinggi itu adalah salah satu contoh kejayaan yang boleh dicapai apabila kerajaan, sektor swasta dan masyarakat bersatu dengan satu visi yang sama.

“Pembukaan kilang di bawah syarikat Sabah Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd ini adalah kejayaan Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ.

“Ini merupakan hasil usaha sama dalam bentuk pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan yang memberi pulangan kepada negeri dan rakyat Sabah.

“Kejayaan ini bukan sahaja menjanjikan perkembangan ekonomi juga menunjukkan komitmen kita menjaga kelestarian teknologi hijau.

“Projek ini juga akan memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 1,100 orang penduduk Sabah iaitu 80 peratus dari 1,300 orang pekerja,” jelas Hajiji semasa berucap merasmikan Kilang Kaca Solar SBH Kibing Solar New Materials di Taman perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah Datuk Phoong Jin Zhe, Pengerusi Kibing Group Yu Qi Bing dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun. — JABATAN PENERANGAN SABAH